Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah, Jingga di Sabah

amaran.jpg

KOTA KINABALU: Amaran hujan peringkat merah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di bahagian Utara negeri Sabah termasuk Kudat, Kota Marudu dan Pitas dijangka berlaku sehingga lewat malam ini.

Sementara itu amaran peringkat Jingga dikeluarkan bagi bahagian pedalaman termasuk daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat dan Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan) dijangka berlaku sehingga awal pagi jumaat.

Diingatkan kepada semua agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini. – Suara Masyarakat Sabah

Portal Suara Masyarakat Sabah akan mengemaskini maklumat terkini jika ada perubahan

Kriteria Pengeluaran Amaran Hujan Lebat

Kriteria Pengeluaran Amaran Hujan Lebat

Sumber yang dipetik dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi:

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Merah)

Dikeluarkan pada : 04:20pm pada 19 Januari 2017

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT

I)AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)- Dikeluarkan pada: 16:20PM pada 19 Januari 2017

Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di negeri Sabah : Bahagian Kudat dijangka berterusan sehingga lewat malam, Khamis 19 Januari 2017.

II) AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)- Dikemas kini daripada amaran yang dikeluarkan pada 12:40PM pada 19 Januari 2017

Hujan yang kadangkala menjadi sederhana lebat yang berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Jumaat 20 Januari 2017.

III) AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)- Dikemas kini daripada amaran yang dikeluarkan pada 11:36 AM 16 Januari 2017.

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan ( Jajahan Gua Musang dan Lojing) dan Pahang sehingga Jumaat, 20 Januari 2017.

SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Langkawi), Perak (Daerah Kerian dan Larut,Matang&Selama), Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis 19 Januari 2017.

Untuk terus mengikuti info cuaca LIKE Malaysian Meteorological Department

Loading...
scroll to top