Ambil Tindakan "PENGKHIANAT dan DALANG" Projek IC Dulu

Berita Sabah Terkini

Dr. Jeffrey Gapari Kitingan

Sebelum menahan pihak lain, kerajaan patut mengambil tindakan itu kepada ‘pengkhianat dan dalang’ di belakang isu ‘Projek IC’ di Sabah terlebih dahulu, kata Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah.

Presidennya Jeffrey Kitingan mendakwa perkara itu masih berlaku, termasuk usaha memasukkan pendatang haram ke dalam daftar pemilih.

Katanya, kerajaan juga patut menahan kumpulan Melayu ultra, pelampau dan pentaksub kaum yang mahu merampas dan menindas hak oleh lain.

Katanya pihak itu lebih berbahaya daripada permintaan Malaysia Timur untuk mengembalikan hak mereka dan menilai semua Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini sebagai reaksi kepada amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu menggunakan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 bagi menangani ancaman pemisahan.

Loading...
scroll to top