Anak Jati Semporna mungkin jadi Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu

Anak-jati-semporna.jpg

Datuk Omar Mammah dilantik sebagai pemangku pesuruhjaya polis sabah berkuatkuasa hari ini.

Datuk Omar Mammah dijangka akan dilantik sebagai pesuruhjaya polis Sabah yang baharu selepas tiga bulan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Memetik laporan Malaysiakini, Sumber dalaman polis di Sabah berkata, khabar angin itu mula bertiup kencang sejak beberapa hari lalu.

Omar Mammah mungkin jadi pesuruhjaya baru polis Sabah – Malaysiakini

Terdahulu Omar, 58  yang berasal dari Semporna dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Bekas timbalan ketua polis Perak itu dilantik menjadi timbalan pesuruhjaya pada 11 Jun lalu – bertukar jawatan dengan Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid.

Antara pengalaman Omar adalah beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan dalam PDRM antaranya ketua jabatan siasatan jenayah Sabah, ketua jabatan pengurusan ibu pejabat kontinjen Sabah dan timbalan ketua polis Selangor.

Untuk rekod Ketua Menteri, Datuk Mohd Shafie Apdal, Timbalan ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman juga turut berasal dari daerah yang sama.

Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah dan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di antara Dato’ Ramli Din dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Omar Hj Mammah sebagai Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah disaksikan Pengarah Pengurusan PDRM CP Dato’ Sri Asri Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sabah yang beralsngung hari ini

Loading...
scroll to top