Anggota Polis Cedera, Penyamun Ditahan

kes samun bersenjata kedai 24 jam di Taman Puri Warisan, Inanam

Kota Kinabalu: Anggota polis cedera selepas bergelut dengan dua suspek kes samun bersenjata kedai 24 jam ketika serbuan di Taman Puri Warisan, Inanam, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, anggota polis berkenaan cedera di bahagian muka dan tangan manakala dua suspek terbabit berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada pekerja di kedai 24 jam di Plaza Menggatal mengatakan disamun oleh empat lelaki tidak dikenali dengan bersenjatakan parang jam 5.39 pagi, Jumaat lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melakukan serbuan di Taman Puri Warisan, Inanam, dan menahan dua suspek.

“Turut dirampas beberapa helai pakaian dipercayai digunakan dalam kejadian rompakan berkenaan dan ketika tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif sehingga salah seorang anggota polis cedera,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek berusia 26 dan 36 tahun itu mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai terbabit sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah iaitu empat di Kota Kinabalu dan satu di daerah Keningau.

“Polis kini mengesan dua lagi rakan suspek yang dipercayai terbabit dalam rompakan kedai 24 jam berkenaan,” katanya.

Tambah Chandra, kedua-dua suspek kini direman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow