Anggota Polis Dihadap ke Mahkamah Didakwa Seludup Migran – ACP Fadil Marsus

Mahkamah-Tawau-Sabah.jpg

Mahkamah Tawau Sabah

ACP Fadil Bin Hj Marsus

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Haji Marsus

TAWAU: Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus mengesahkan seorang anggota polis akan dihadap ke mahkamah hari ini (3 November) atas pertuduhan menyeludup migran.

Namun katanya, pertuduhan anggota polis berkenaan bukan hasil pendedahan wartawan asing berkaitan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara beramai-ramai dengan mudah ke Tawau baru-baru ini.

”Ini bukan hasil pendedahan wartawan asing yang mengaitkan anggota polis dengan kemasukan PATI secara mudah ke daerah ini, ini kes berasingan,” katanya ketika dihubungi New Sabah Times.

Difahamkan pertuduhan anggota polis itu akan berlangsung pada jam 9 pagi.

Loading...
scroll to top