Antara Faktor Anak Pitas Dijulang Unduk Ngadau 2017

[dropcap color=”#dd3333″]K[/dropcap]ejayaan Kerinah Mah gadis SinoTombonuo berasal dari daerah Pitas yang dijulang sebagai Unduk Ngadau negeri Sabah tahun 2017 nampaknya telah diterima baik oleh ramai orang namun bagi segelintir peminat unduk ngadau mewakili daerah tertentu masih tidak berpuas hati.

Mewakili Bandaraya Kota Kinabalu bagi tahun 2017, Kerinah Mah memulakan langkahnya sebagai Ratu Kaamatan pada tahun 2015 mewakili daerah Pitas.

Walaupun dinobatkan sebagai Miss Tati Topiodo (Miss Natural Beauty)  sodop Unduk Ngadau Kaamatan 2015, ternyata ia tidak menjamin untuk beliau berada dalam senarai Top 7 pada tahun itu.

Apakah Faktor kemenangan Kerinah Mah ?

Pastinya banyak faktor yang diambil kira oleh para juri bagi menentukan seseorang yang benar-benar layak dimahkotakan ‘Crown’ Unduk Ngadau Sabah.

Unduk Ngadau 2017 Kerinah Mah mewakili Bandaraya Kota Kinabalu

TETAPI apa menarik dikongsikan adalah sewaktu Sesi Soal Jawab Q&A Top 7 [Video di atas kredit untuk Nelson Michael Jr

Soal kecantikan sudah menjadi hal kedua apabila 7 peserta sudah ditapis. Tiba masanya untuk melihat keterampilan mereka dari sudut intelektual serta keupayaan mereka membawa diri masing-masing, menilai kekuatan dalaman dan ‘kejujuran’ pemikiran mereka. Semuanya terhidang dalam jawapan yang diberikan- www.curiostraveller.com 

Jika anda menutup mata dan hanya mendengar audio sahaja, apabila sampai giliran Kerinah Mah menjawab soalan, pasti kamu mahu membuka mata untuk melihat siapa yang sedang menjawab soalan pada ketika itu.

Itulah uniknya Kerinah Mah berbanding peserta yang lain hanya biasa-biasa seja.

Berikut Ulasan yang dipetik dari artikel Surat Terbuka untuk Kerinah Mah-Apabila ‘Faktor Pengucapan Awam’ menyerlahkan Aura dan Keyakinan diri anda

Dari kesemua 7 finalis Unduk Ngadau, kami berani mengatakan bahawa hanya Kerinah Mah mempunyai keyakinan diri dalam pengucapan awam. Faktor ini didorong oleh aura semulajadi yang sudah tertanam dalam mindanya sejak awal lagi. Sama ada beliau berlatih bersungguh-sungguh atau itu adalah keupayaan semulajadinya, hanya beliau yang tahu.

Setakat punya Keyakinan diri, peramah dan baik hati tidak akan menjadikan anda sebagai Unduk Ngadau 2017. Itu bukan satu kelebihan. Itu satu sifat yang baik pada diri anda. Kelebihan itu merujuk kepada kekuatan anda berbanding para peserta lain. Then there’s Panic Button when it comes to Tema, Perayaan dan kaitan dengan asas Perpaduan, ada seorang peserta yang tidak tahu menjawab soalan ini (Tema ya, seperti yang ditanya oleh Pengacara Majlis, bukan Pengajak ya).

Kerinah Mah, anda bukan sahaja berjaya menjawab kedua-dua soalan dengan baik tetapi anda melakukannya dengan penuh gaya bersahaja, tidak tergagap-gagap, tidak menampakkan kepekatan slanga Bahasa Tempatan dan anda menjawab dengan nada serta tona perbualan seharian. 6 peserta yang lain, maaf, anda semua menjawab seperti ingin berpidato, bersajak atau membuat pengumuman diskaun di pasar raya.

Soal kecantikan serta lain-lain aspek fizikal telah dinilai sebelum tahap Finalis 7. Yang membezakan antara kesemua 7 peserta akhir itu adalah bagaimana setiap individu tersebut ‘mendepankan’ diri mereka masing-masing menerusi dua perkara asas iaitu Keyakinan diri dan Aura. Dua faktor ini banyak mempengaruhi juri dalam menilai 7 finalis (selain aspek bahasa ibunda dan sebagainya). – Pautan 

Berikut adalah Gambar 44 Peserta Unduk Ngadau yang mewakili Daerah masing-masing


Foto Kredit : The Borneo Post

Loading...
scroll to top