Apa Kes Stadium Likas "BLACKOUT" ?

Stadium Likas Blackout

Stadium Likas Blackout

Kota Kinabalu : Perlawanan persahabatan antara pasukan Sabah dan Tampines Rovers terpaksa ditamatkan lebih awal daripada masa sebenar selepas lampu limpah di Stadium Likas, Kota Kinabalu terpadam sebentar tadi.

Menurut kemaskini di facebook Officially Sabah FA, pada minit ke-82 permainan diberhentikan seketika kerana lampu stadium terpadam. Selang beberapa minit kemudian permainan terpaksa ditamatkan  kerana kerosakan lampu limpah di Stadium tersebut.

Keputusan perlawanan pada ketika itu berpihak kepada pelawat dengan jaringan 0-3 sehingga ada komen penyokong yang mengatakan “nasib tamat awal kalau tidak Sabah kena belasah 0-5”.

Sehingga artikel ini diterbitkan belum ada Info Rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Sabah mengenai kejadian tersebut selain kemaskini di Officially Facebook SAFA.

Sedikit perkongsian

Perlawanan persahabatan sebelum ini bertemu dengan Pasukan Liga Super iaitu KL Sime Darby FC sebanyak dua kali di sini berkesudahan Sabah hanya mampu seri dalam dua perlawanan tersebut. Disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan ini, Coach Justin Ganai terus menjadi sasaran oleh para penyokong tempatan.

Benarkah Justin Ganai Punca keputusan Tidak Memberangkan ini ? SMS akan kongsikan kepada anda nanti.

Loading...
scroll to top