Azis Jamman turun padang, Gempur PATI di Sepanggar

Azis-Jamman-turun-padang-Gempur-PATI-di-Sepanggar.jpg

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Azis Jamman turun padang menyertai operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memburu pendatang tanpa izin yang tidak memiliki dokumen yang sah malam tadi.

Operasi yang dibuat di sekitar kawasan Sepanggar dan Kota Kinabalu turut disertai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahli Parlimen Sepanggar itu dalam posting terbaru di facebook miliknya menyatakan taklimat diberikan terlebih dahulu mengenai keadaan pendatang yang terdapat di Sabah sebelum serbuan dijalankan dikawasan yang dipercayai menjadi tempat tinggai pendatang ini.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi yang dilaksanakan di kawasan Sepanggar dan Kota Kinabalu sejak 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi itu, beliau berkata seramai 58 PATI berjaya ditahan.

Loading...
scroll to top