Bertemu Unduk Ngadau Paling Popular di Kg Marahang Esok

KEHADIRAN Miss FB UNK DBKK 2017 dan Miss BSN UNK Peringkat Negeri 2017 Angel Sungkadhamai Marshal Motiung ke sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kampung Marahang dan Tuntul pada 10 Jun (Sabtu) ini akan lebih menyerikan lagi sambutan itu.

Pengerusi penganjur merangkap pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Marahang Donney Pius Alip berkata, selaku anak kelahiran Kg. Marahang, Papar kita akan menjemput dia (Angel) yang mewakili Likas juga pemenang tempat keempat pada Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA untuk sama-sama memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan Kg. Marahang pada tahun ini.

Katanya selain Angel, sambutan Kaamatan yang akan berlangsung di Balai Raya Kg. Marahang itu juga akan dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi jemputan Nera AF9 dan akan diacarakan oleh penyampai radio bahagian Kadazan Sabahfm iaitu DJ Suga.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.21 Kawang Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar dijangka akan merasmikan program ini.

Majlis akan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Hajjah Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Johnney Mositun dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.21 Kawang Datuk Juil Nuatim.

Menurut Donney, antara acara yang akan diadakan adalah pertandingan Sugandoi (nyanyian), Ratu Fesyen Kanak-kanak, koir, pertandingan makanan tradisi, persembahan nyanyian artis-artis tempatan kelahiran Kg. Marahang, cabutan tiket bertuah dan pertandingan Unduk Ngadau sebagai acara kemuncak.

Katanya, acara padang juga akan turut diadakan pada sebelah pagi sambutan itu yang menyaksikan pertandingan bola sepak 9 sebelah tiga penjuru antara pasukan veteran, bujang dan belia.

Pada tahun ini pihak Bernas dan Sazarice turut tampil menyumbangkan beras masing-masing 30 kampit beras 5kg setiap satunya di mana beras berkenaan akan diagihkan kepada warga emas selain dimasak untuk disajikan kepada penduduk kampung dan sebahagiannya dijadikan hadiah cabutan tiket bertuah.

“Selain beras, pelbagai hadiah menarik menanti para penduduk yang bertuah menerusi cabutan tiket bertuah yang telah mula dijual kepada penduduk kampung,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh penduduk Kg. Marahang dan Kg. Tuntul juga penduduk kampung berhampiran untuk datang beramai-ramai ke Balai Raya Kg. Marahang pada Sabtu ini bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Pesta Kaamatan berkenaan.

Loading...

Leave a Reply

arrow