Bot hilang di perairan Kota Kinabalu

Bot-bawa-31-pelancong-hilang-di-perairan-Kota-Kinabalu-1.jpg

KOTA KINABALU: Sebuah bot membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran ke Pulau Mengalum di perairan Kota Kinabalu sejak pagi semalam.

Bot berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini, pada jam 9 pagi semalam, namun tidak tiba semula ke jeti sama hingga malam tadi.

Berikutan itu satu laporan polis dibuat oleh pemilik bot pada jam 9.50 malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata sebaik menerima laporan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di kawasan seluas 400 batu nautika di perairan Kota Kinabalu.

BOT Catamaran yang hilang ketika dalam pelayaran dari Jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum.

“APMM telah mengerahkan beberapa aset untuk menjalankan pencarian termasuk Kapal Maritim (KM) Berani dan dua bot kilat.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) turut menggerakkan aset masing-masing dalam operasi SAR ini,” katanya di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, ketika kejadian keadaan cuaca kurang baik dengan laut bergelora. Perjalanan sehala dari Jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum mengambil masa sejam setengah.

Lokasi Pencarian kotak merah

Loading...
scroll to top