Buang Sentimen Kenegerian Pilih Naib Canselor UMS

KUALA LUMPUR: Faktor anak negeri tidak harus menjadi keutamaan dalam soal pelantikan jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), sebaliknya bersandarkan kelayakan dan pengalaman seseorang itu bagi mengetuai pentadbiran universiti tersebut.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, hal itu penting kerana Naib Canselor mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan segala perancangan akademik, program dan dasar UMS adalah selari dengan dasar-dasar kerajaan.

Katanya, GPMS berpandangan sesebuah pusat pengajian tinggi harus bebas daripada sebarang sentimen yang boleh menjejaskan keberkesanannya dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti.

“Kerajaan Negeri Sabah diharap akan bersikap lebih terbuka dan memandang kepada kualiti calon yang akan menerajui UMS kelak.

“Soal calon berkenaan adalah dari negeri Sabah atau bukan, perkara itu harus dilihat daripada perspektif kelangsungan UMS sendiri untuk jangka panjang sama ada calon berkenaan benar-benar memenuhi kriteria sebagai seorang ketua eksekutif universiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zambri memberi reaksi tersebut ekoran kekhuatiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu bukan anak Sabah bakal mengambil alih jawatan Naib Canselor UMS dan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan di peringkat Kabinet negeri.

Katanya lagi, GPMS mahu sentimen kenegerian diketepikan dalam soal pendidikan sama ada peringkat pendidikan rendah, menengah atau pendidikan tinggi.

Tambahnya, universiti awam atau mana-mana pusat pendidikan perlu menjadi sebuah institusi yang dapat memacu pemikiran rakyat ke arah berfikir sebagai sebuah negara bangsa.

“Sekiranya sentimen kenegerian mempengaruhi kepimpinan sesebuah universiti, maka usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang geografi dan budaya sudah pasti tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Respons kepada Artikel ini [GPMS Jangan Melampau]

“GPMS harap kerajaan negeri menerima dengan hati yang terbuka sekiranya ada calon bukan berasal dari Sabah yang benar-benar berkaliber dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menerajui UMS. Ini demi kepentingan universiti itu sebagai institusi pengajian tinggi yang ulung di rantau ini,” katanya.

Berita Berkaitan: 

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. Siti

    Suka hati kamilah warga sabah. Anda marah bila sabahan melaungkan sabah untuk sabahan tapi dalam masa yang sama anda laungkan ketuanan melayu tanpa mahu diusik mahupun diganggu gugat. Rasional ker gitu.

    1. Wanwan

      Betul sa setuju..kita org sabah punya suka la..dia bising bikin apa..bagus suruh dia p tidur..

  2. sebastian

    En. Zambri, bagus kamu concentrate ja di Semenanjung. Lagi pun kamu ni Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Tiada kaitan dgn Sabah/Sarawak. Tidak payah mau bagi nasihat di luar kawasan kamu.

    1. Ejam

      Wahai GPMS, Baca dan Fahami Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak dalam Pembentukan MALAYSIA:

      Kita sudah banyak mendengar mengenai persefahaman 20 Perkara apabila Sabah dan Sarawak ingin menubuhkan Malaysia bersama Malaya.

      “Ketiga – tiga negara ini bersetuju kepada beberapa perjanjian, yang dikenali sebagai persefahaman 20 Perkara yang memberikan Sabah dan Sarawak pemerintahan sendiri. Persefahaman 20 Perkara ini adalah asas kepada “jalinan dan melindungi hak” penduduk Sabah dan Sarawak.”

      Itu antara termaktub dalam perkara 18 & 20.

  3. Samajgkita

    Jgn kan dr semenanjung.. dr luar negara ka atau Dr planet marikh pun sy rasa wajar diterima sekiranya tidak membawa agenda tertentu di UMS. Sy rasa prof. Kami yg berasal dr Sabah sememangnya setanding juga dgn ketuanan tanah melayu kamu jg… Saudara zambri, bolehkah anak Sabah menerajui GPMS sekiranya Ada yg lebih berkaliber dari kamu? Sudah tentu tidak kan… Sebabnya kamu Akan rasa kamu lebih memahami apa keperluan GPMS berbanding anak Sabah sebabnya kamu d sana. Begitu jg Kami, Kami lebih arid dalam menentukan hala tuju Kami seiring dgn misi Dan visit KPM.

  4. nangoi37

    harus diingat BORNEONISASI adalah tuntutan Sabah semasa bergabung dgn Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia. sudah lebih 50 tahun selepas pembentukan semua jawatan tertinggi d Sabah masih dimonopoli warga Malaya. GPMS yg tidak tahu menahu soal kepentingan rakyat Sabah sila diam.

arrow