Bukan 500 ribu ekar

Kenyataan yang dimuatnaik oleh seorang pengguna media sosial pada rabu

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Haji Safar Untong memberitahu tidak ada permohonan untuk 500,000 ekar di dalam tanah NCR di Tambunan oleh mana-mana syarikat.

Beliau berkata terdapat permohonan oleh sebuah syarikat untuk 500 ekar tetapi ia tidak diluluskan.

“Adalah agak malang apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memanipulasi angka keluasan menggantikan titik perpuluhan dengan koma seperti permohonan itu adalah untuk 500,000 ekar dan bukannya 500 ekar,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjelaskan posting di media sosial yang mendakwa kira-kira 500,000 ekar tanah di Tambunan telah diluluskan kepada syarikat dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata Jabatan Tanah dan Ukur sangat berhati-hati dengan permohonan tanah dan tidak semestinya memberi kelulusan tanpa meneliti mereka.

Loading...
scroll to top