Denda Atau Penjara, Hukuman Dua Wanita Warga China Terlibat Pelacuran

Antara barang kes yang dijumpai di bilik adalah beberapa kondom, minyak pelincir dan tisu yang telah dan yang belum digunakan.

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lepas mengenakan hukuman denda sebanyak RM4,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas dua wanita warganegara China atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Tertuduh berkenaan iaitu Wang Caixia, 22 dan Wang Xianling, 25, didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Disember lalu kira-kira jam 2.00 petang di bilik bernombor 109 dan 111 sebuah hotel yang terletak di Batu 6, dekat bandar ini.

Caixia mengakui kesalahan di hadapan Magistret, Suhaila Selag manakala Xianling mengakui kesalahan terbabit di hadapan Majistret, Jessica Ombou Kakayun.

ASP Majari Haji Awal Jari merupakan pendakwa terhadap kedua-dua kes di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan itu.

Mahkamah memerintah Caixia diperintahkan supaya merujuk kepada Imigresen.

Mahkamah diberitahu, kedua-dua tertuduh ini Caixia dan Xianling ditahan oleh sepasukan pegawai polis dari cawangan JSJ, IPD Sandakan yang melakukan serbuan dan pemeriksaan apabila menerima maklumat awam mengenai kegiatan itu.

Antara barang kes yang dijumpai di bilik adalah beberapa kondom, minyak pelincir dan tisu yang telah dan yang belum digunakan.

Setelah disiasat, kedua-dua Caixia dan Xianling, memasuki Sabah pada 2 Disember 2014 dengan pasport yang sah dan selepas menghabiskan beberapa hari di Kota Kinabalu, mereka datang ke Sandakan dan mendaftar masuk di hotel bilik tersebut.

Modus operandi yang kedua-dua mereka dengan membuat iklan di internet dengan memaparkan gambar mereka dan menawarkan RM300 bayaran khidmat seks bagi setiap pelanggan.

Kedua-dua tertuduh mengaku salah pada 19 Disember lalu dan telah dituduh di dua mahkmah berasingan.

Loading...
scroll to top