Dentuman kuat, gegaran dirasai di Sabah akibat meteor ?

Dentuman-kuat-gegaran-dirasai-di-Sabah-akibat-meteor.jpg

Dentuman kuat, gegaran dirasai di Sabah akibat meteor ?

KOTA KINABALU 21 Ogos – Satu dentuman kuat disusuli gegaran selama beberapa saat dirasai di sekitar Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Pegawai Jabatan Meteorologi negeri ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat punca gegaran tersebut, namun mengesahkan tiada gempa bumi yang berlaku malam ini.

“Kami tidak tahu apa puncanya, yang pasti tiada gempa bumi berlaku," katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, di laman sosial Facebook, beberapa pengguna mendakwa melihat satu cahaya seperti meteor di langit selama beberapa minit sebelum meletup dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

GAMBAR cahaya yang berjaya dirakam oleh penduduk di Kota Belud

GAMBAR cahaya yang berjaya dirakam oleh penduduk di Kota Belud – UTUSAN ONLINE

“Ada yang nampak tahi bintang biru, merah warna dia, mungkin jatuh," kata seorang pemilik akaun bernama Maxeedar Lim Max.

Seorang lagi pengguna Jenius Sangir berkata, satu cahaya berwarna merah kelihatan di langit kira-kira dua minit sebelum hilang dan disusuli bunyi kuat seperti guruh.

Selain itu, beberapa pengguna turut mengandaikan letupan tersebut mempunyai kaitan dengan latihan ketenteraan melibatkan sebuah kapal perang dari Amerika Syarikat (AS) yang berlabuh di Sepanggar semalam.

Sehingga kini, Utusan Online masih belum berjaya mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang insiden berkenaan.

Pengguna facebook mengambarkan melihat meteor seperti dalam video yang berlaku di luar negara ini

Loading...
scroll to top