Dipenjara 20 Bulan Kerana Miliki MyKad Orang Lain

MyKad Orang Lain
Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah
Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki kad pengenalan kepunyaan orang lain.

Arul, 21, akan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas tamat tempoh hukuman penjara itu.

Beliau telah ditangkap pada 17 Jun, pada jam 1.30 pagi di Jalan Likas kerana memiliki MyKad Hairul Nyzam Abdullah (991020-01-6465). Gambar dalam MyKad berbeza dari muka tertuduh selepas pemeriksaan dilakukan.

Dia didakwa melakukan Kesalahan mengikut Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau kedua-duanya.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow