Dua DUN BN Hadir ke rumah Shafie

shafie-apdal.jpg

KOTA KINABALU 11 Mei – Drama politik Sabah semakin menarik selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abd. Muis Picho dan ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat hadir di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Masih belum ada apa-apa makluman daripada mana-mana pihak tentang sebab kehadiran kedua-dua mereka di kediaman Mohd. Shafie, namun dipercayai bertujuan untuk membentuk kerajaan.

Semalam, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah di Istana Negeri untuk membentuk kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star). – UTUSAN ONLINE

Loading...
scroll to top