Dua Maut Kenderaan Bertembung di Simpang Beluran

BELURAN: Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas Proton Iswara dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Simpang Beluran, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, kedua-dua maut di tempat kejadian akibat tersepit di celah remukan kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa yang meninggal dunia belum dapat disahkan.

Dua lagi penumpang Proton Iswara terbabit yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 petang sebelum menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera yang tiba di lokasi jam 5.27 petang.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan empat mangsa adalah pemandu serta penumpang Proton Iswara yang bertembung dengan sebuah Ford Ranger.

“Dua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

“Dua mangsa yang tersepit pula dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia pegawai perubatan,” katanya di sini.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow