Dua Maut, Tiga Parah Kenderaan Bertembung di Telupid

Telupid: Satu kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga yang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier  mengakibatkan dua orang lelaki disahkan meninggal dunia awal pagi ahad.

Sumber memaklumkan kepada Portal Suara Masyarakat Sabah iaitu selain daripada dua yang maut, tiga orang lagi kesemuanya wanita kini sedang mendapatkan rawatan di hospital Ranau.

Mereka masing-masing mengalami patah kaki, tangan dan kecederaan di bahagian kepala.

Punca kejadian masih disiasat.

Berita selanjutnya menyusul

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow