Dua parah, tiga kenderaan terbabit nahas jalanraya di Papar

3-kenderaan-kemalangan-di-papar.jpg

DUA PARAH.. kemalangan KM.18 Jalan Papar-Beaufort yang melibatkan 3 buah kenderaan hari ini - Photo Polis Daerah Papar

PAPAR, 28 Julai 2018 – Satu kes kemalangaan jalan raya telah berlaku di KM.18 Jalan Papar-Beaufort yang melibatkan (3) buah kenderaan iaitu (1) M/Lori (Lori Nissan) dan (2) M/Kar (Proton Saga FLX dan Perodua Myvi).

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Ladamah bin Hj.Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut yang mana maklumat awal kemalangan diterima melalui panggilan MERS 999 ke Pusat Kawalan Daerah IPD Papar pada jam lebih kurang 0928hrs.

Dua orang mangsa yang terlibat mengalami kecederaan parah iaitu pemandu dan penumpang Proton Saga FLX sementara pemandu Perodua Myvi hanya cedera ringan manakala Pemandu serta Kelindan M/Lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kemalangan ini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mengamalkan pemanduan berhemah dan bertimbang rasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. – Polis Daerah Papar

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Papar-Beaufort hari ini – Photo Polis Daerah Papar

Loading...
scroll to top