Jeffrey Kitingan gesa masukkan tuntutan 40% hasil bersih dalam bajet Sabah

Jeffrey-Kitingan-Star-Sabah.jpg

Presiden Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan

PETALING JAYA: Ahli politik pembangkang Jeffrey Kitingan mempersoalkan sama ada kerajaan Sabah akan melindungi hak negeri sebanyak 40% daripada hasil bersih yang dikutip kerajaan persekutuan daripada negeri ini.

Beliau berkata kelayakan 40% akan menambah “sekurang-kurangnya RM10 bilion hingga RM20 bilion setiap tahun bagi tabung Sabah” dan boleh membantu mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan pembangunan negeri.

Kitingan yang juga Adun Bingkor, berkata rakyat Sabah akan tahu pada 18 November ini sama ada Musa melindungi kepentingan mereka apabila beliau membentangkan bajet negeri bagi 2017 di Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata 40% kelayakan bagi pendapatan bersih diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, dan harus menjadi sebahagian daripada bajet negeri. Ia adalah tugas Musa untuk melindungi kepentingan Sabah, katanya.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan mengecewakan rakyat Sabah kerana enggan mengakui dan mengembalikan 40% kelayakan pendapatan bersih apabila bajet persekutuan dibentangkan minggu lepas.

Kitingan, yang juga presiden parti Star, ramalan bajet 2017 Sabah menunjukkan anggaran pendapatan tidak melebihi RM3.6 bilion.

Beliau berkata anggaran pendapatan 2016 adalah RM3.52 bilion, dan mencadangkan perbelanjaan sebanyak RM3.49 bilion, dengan lebihan anggaran sebanyak RM29 juta.

Loading...
scroll to top