Empat pendatang asing dipenjara kerana pasport tamat tempoh

Dihukum-Penjara.jpg

Berita Pendatang Asing SabahKOTA KINABALU : Empat lelaki pendatang asing dijatuhi hukuman penjara antara tiga dan enam bulan kerana tinggal di negara ini, selepas pasport mereka tamat tempoh.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus mengenakan hukuman tersebut terhadap Lito Bonifacio Molina, Raees Khan, Muhammad Qasim, Roni Ballek, Yulius Tandi Karangan, Sumardi Markus Deri, Victorio Feria Aquila dan Majid Nakili Kalun, setelah mereka mengaku bersalah di bawah seksyen 15 (1) © Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau tidak lebih lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pegawai pendawa raya daripada jabatan imigresen Rizya Haiwella Jurad dan Ahmad Nasir memberitahu mahkamah bahawa semua tertuduh telah ditangkap di sekitar Penampang, Keningau, Tenom, Kota Kinabalu, Inanam dan Telipok Ria dalam Ops Ikrar (SAPU) baru-baru ini.

Semua PATI tersebut akan di rujuk Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Loading...
scroll to top