Fazura di CP, Jelajah Neffos di Sabah

Fazura duta baharu telefon pintar model Neffos X1

KOTA KINABALU: Pelakon dan penyanyi jelita, Fazura mengaku belum menemui insan istimewa dalam hidupnya. Mesra disapa Faz, pelakon yang baru muncul dalam filem box office, J Revolusi itu memberitahu, dia lebih fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan.

“Peminat dan orang sekeliling pasti nampak kesibukan Faz sepanjang masa.

“Faz tak tahu bila jodoh akan sampai. Sebagai manusia biasa, pasti Faz juga ingin berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama peminat dan pengguna Neffos di sini, petang tadi.

Fazura adalah duta baharu bagi jenama telefon pintar terbabit untuk model Neffos X1. Neffos X1 ialah telefon pintar keluaran terkini Neffos Malaysia yang dilengkapi dengan kepantasan Helio P10 chipset sehingga 4GB.

Model itu juga mempunyai memori dalaman 64GB selain boleh ditingkatkan sehingga 128GB dengan menggunakan kad mikro SD.

Sabah adalah lokasi kedua siri jelajah Neffos X1 selepas Pulau Pinang, Februari lalu.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran TP-Link Distribution Malaysia Sdn Bhd (TP-Link), Kelvin Lim berkata, pihaknya menyasarkan lebih banyak lokasi siri jelajah ke seluruh negara tahun ini.

“Kita memilih Sabah sebagai salah satu lokasi kerana yakin negeri ini mempunyai sasaran jualan yang tinggi dalam kalangan penggemar telefon pintar,” katanya. – BHARIAN

Loading...

Leave a Reply

arrow