Festival Kudat Bakal jadi destinasi pelancongan

Festival-Kudat.jpg

Festival Kudat

KUDAT: Penganjuran Festival Kudat kali ke-4 bersempena dengan Tahun Melawat Kudat 2016-2017 bakal menjadi daerah berkenaan sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pihak kerajaan menyokong dan menggalakkan usaha tersebut memandangkan Kudat mempunyai daya tarikan tersendiri, selain dari kunikan penduduknya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan serta pesekitaran maritimnya yang mengandungi pelbagai khazanah yang amat berharga dan mampu jadi tarikan para pelancong luar.

“Sememangnya memang menjadi hasrat kerajaan untuk menonjolkan lebih banyak destinasi baharu yang berpotensi sebagai tempat pelancong bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Sabah khasnya di daerah Kudat.

Festival Kudat

TAKLIMAT …. Masidi tengah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim.

“Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan mengambil langkah-langkah berterusan memastikan negeri Sabah terus menikmati pembangunan dalam sektor pelancongan di mana ia juga dapat memacu pertubuhan ekonomi penduduk setempat seterusnya negeri Sabah,” katanya.

Teks ucapan Musa dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun di Dataran Esplanade Sidik, kelmarin.

Musa turut memuji usaha Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Daerah Kudat dibawah pimpinan Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim di atas penerbitan klip video promosi berdurasi enam minit yang menceritakan kehebatan dan keunikan Daerah Kudat, selaras dengan slogan ‘Kudat Sememangnya Hebat’ sempena Tahun Melawat Kudat 2016-2017.

Sempena perasmian Festival Kudat pagi kelmarin, Masidi turut melancarkan perkhidmatan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) Daerah Kudat, kali ke-8 2017 yang menawarkan perkhidmatan penerangan, bantuan terus kepada pihak sasar, peluang keusahawanan kepada penduduk tempat dan menghimpunkan rakyat di semua peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kudat mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Pusat Transformasi seperti UTC di daerah ini agar masyarakat Sabah terutamanya di Banggi dan Matonggung supaya rakyat keseluruhannya dapat menerima perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cepat.

Hadir sama adalah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar , Datuk Kamarlin Ombi; Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Bolkia Haji Ismail;Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi, Datuk Mijul Onaini dan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Rahim Bakri.

Loading...
scroll to top