Gabungan Sabah dan Calon DUN BN bergabung bentuk Parti Tempatan

Jeffrey Kitingan tolak tawaran PKR

10 MEI: Dengan adanya begitu banyak spekulasi liar tentang apa yang sebenarnya berlaku, presiden Solidariti Tanahairku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, memberi jaminan bahawa dia tidak menyertai BN atau WARISAN.

“Saya sudah berbincang dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, untuk mencari penyelesaian politik yang terbaik untuk kebaikan rakyat.

“Dan persetujuannya ialah Gabungan Sabah dan semua calon-calon DUN BN yang menang akan membentuk gabungan parti-parti tempatan Sabah yang baharu.

“Dan itu adalah penyelesaian terbaik untuk ini dan ini adalah penyusunan alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan kebuntuan politik yang sedang berlaku, dan dengan cara ini juga Sabah akan menjadi negeri yang bebas dari kawalan Putrajaya,”katanya.

Pengerusi STAR itu turut memaklumkan bahawa cadangan gabungan antara WARISAN dan UPKO tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, Dr Jeffrey juga mendakwa beliau ditawarkan oleh PKR jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika STAR boleh memberikan kerusi Parlimen Keningau kepada PKR.

“Saya menolak kerana keputusan itu bermakna kita akan menyerahkan hak dan kedaulatan negeri kita.

“Malahan kedudukan kita akan jauh lebih baik daripada kedudukan Sarawak,” katanya. – Portal BNBBC

Baca Juga :

Sidang Media Khas BN Sabah
Musa Angkat Sumpah Malam Ini
Loading...

Leave a Reply

arrow