Ganti balik RM8 bilion ‘disalahgunakan’

Ganti balik RM8 bilion ‘disalahguna’ ahli Parlimen Semporna

SEORANG ahli Parlimen Sabah hari ini menuntut agar Putrajaya menggantikan semula peruntukan sebanyak RM8 bilion yang “disalahgunakan” Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal ketika memimpin kementerian itu.

Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, walaupun perkara itu diberikan liputan meluas media, tiada tindakan serius diambil kerajaan.

“Saya sangat hairan kenapa wang RM8 bilion yang disalahgunakan oleh ahli dari Semporna sewaktu menjadi KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), RM8 bilion ini, Datuk Speaker dalam news paper, dalam TV keluar.

“Tetapi tidak ada tindakan yang diambil, jadi saya selaku ahli Parlimen dari Sabah kerajaan persekutuan sudah membuat kesalahan, kami mahu minta ganti balik RM8 bilion ini. Rakyat Sabah marah,” kata Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Shafie sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan daripada kementerian yang pernah diterajuinya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob dalam jawapan lisanya mengenai tuntutan itu berkata pihak berkuasa seperti SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

“Dan perkara ini masih lagi di dalam siasatan. Kita perlu yakin kepada kewibawaan SPRM untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka dan saya percaya kalau ada kes, kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara.

“Dan tentu sahaja pihak Peguam Negara juga akan mengambil tindakan undang-undang.

“Ganti dan sebagainya, Insya Allah perkara itu saya pun tak boleh buat keputusan, tetapi saya akan bangkitkan perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – 20 Mac, 2018. Malaysian Insight

InfoGrafik Penyelewengan Dana Awam untuk Sabah bernilai RM1.5 Bilion

Berita Berkaitan:

Loading...

Leave a Reply

arrow