Gas Bocor, 3 Kru Kapal Kritikal

Kota Kinabalu: Tiga kru kapal kargo dari Vietnam ke Filipina kritikal akibat kebocoran gas dari tempat simpanan beras ke bilik kawalan enjin di luar perairan daerah ini, tengah hari tadi.

Kapal kargo muatan beras Vimaru Pearl yang berdaftar di Vietnam itu selamat tiba di Pelabuhan Kota Kinabalu, Jalan Tanjung Lipat, di sini, jam 6.30 petang tadi.

Semua mangsa dihantar menggunakan tiga ambulans dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kenderaan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu yang sudah berada di jeti itu sejak 2.45 petang tadi.

Difahamkan, kapal kargo terbabit bertolak dari Ho Chi Minh, Vietnam, jam 3.23 pagi, Khamis lalu dan dijadualkan tiba di Filipina pada jam 9.30 pagi esok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kebocoran gas di atas kapal itu jam 2.34 petang tadi.

“Hasil maklumat awal yang diterima daripada pemanggil, berlaku kebocoran bahan itu dari tempat simpanan beras masuk ke dalam bilik kawalan enjin.

“Terdapat tiga kru kapal dilaporkan berada dalam kritikal,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) BBP Kota Kinabalu sedang menjalankan kerja-kerja mengawal dan menstabilkan kebocoran gas berkenaan.

Loading...

Leave a Reply

arrow