Hajah Maimunah Rasmi Konvensyen Karisma Pemimpin Peringkat PPDKK

FOTO beramai-ramai.. Peserta Konvensyen merakamkan gambar bersama Hajah Maimunah dalam majlis itu..

OLEH: RAMLI AHMAD

KOTA KINABALU:  Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul telah menyempurnakan majlis penutupan Konvensyen Karisma Pemimpin, pemantapan Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) yang berlangsung 2 Oktober 2017 lalu di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah di sini.

Menjadi salah satu Program Dare To Change PPDKK, Karisma Pemimpin atau Leader’s Charm adalah inisiatif  District Transformation Program (DTP) PPDKK yang bertujuan untuk membawa PPDKK ke mercu kecemerlangan dari semua aspek melalui kecemerlangan pemimpin warga PPDKK dan mampu mencipta sesuatu inovasi dan amalan terbaik melalui platform PLC sebagai menyahut aspirasi dan keperluan standard pendidikan Malaysia sejajar dengan anjakan 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Sebanyak 26 sesi perkongsian amalan terbaik telah dijalankan serentak pada hari tersebut dengan tema “Karisma Pemimpin” dan 5 fokus sebagai sub tema iaitu, kepimpinan, akademik, sukan dan kokurikulum, ICT dan Komuniti.

Perkongsian yang disampaikan merangkumi kesemua 5 fokus yang di sasarkan termasuk Highly Immersive Programme (HIP). Pameran HIP in PLC juga telah diadakan pada konvensyen tersebut.

Dua orang Pembicara Utama telah diundang ke konvensyen tersebut sebagai contoh Model Pemimpin iaitu En Lok Kok Cheang, mantan Pengetua SMK Tebobon dan Puan Julita Bulongkou, Guru Besar SK Kitobu.

Turut bersama di majlis tersebut ialah En Umin Bin Hj Sadi, Pegawai Pendidikan daerah Kota Kinabalu serta para pengetua, guru besar, penolong kanan, dan guru akademik sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu serta jemputan pegawai-pegawai, SISC+, SIP+ dan fasiLINUS daripada daerah-daerah lain seluruh Sabah.

Loading...
scroll to top