Sama tapi tak serupa

Jika dapat diamati, maklumat yang terdapat dalam dua kad pengenalan seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat adalah sama. Perbezaan besar yang paling ketara adalah pemilik asalnya tidak bertudung manakala seseorang yang ‘menumpang’ atas pemilikan kad pengenalan itu pula bertudung.

Sesiapapun pasti akan terkejut, merasa kesal dan ada juga yang marah apabila mendapat tahu maklumat peribadinya dikongsi dan digunakan secara bebas oleh orang yang tidak dikenali.

Portal Suara Masyarakat Sabah berkongsi secara ringkas peristiwa yang diceritakan sendiri oleh mangsa bagaimana dia mendapat tahu data peribadinya digunakan oleh pihak lain.

[quote font_size=”18″ color=”#0a0e0f” bgcolor=”#c6f7ff” bcolor=”#2d2d2d”#e0e0e0″ arrow=”yes”]

Kinsiah Kin Kes ni lama sudah cuma baru hari ni sy post..sy pun dapat tau ni dari kak2 sy sebab dia kerja di dbkk masa tu dia urus tu kad pengendali makanan yg kad kuning tu..
Kn klu mana2 restoran atau kedai2 makan smua staff durang mesti mo apply tu kad pengendali makanan jadi pass2 kak2 sy nmpk tu permohonan pembaharuan kad pengendali makanan tu senarai nama2 staff dan ada d sertakn sekali tu fotocopy ic stiap staf yg bkerja d restoran tu..nama tmpt kerja org yg pkai fake ic sy ni restoran kohinor ka yg d kk tu.. Dari sini la sy dpt tau.
Sudah jg sy bt report polis then direct p JPN kingfisher minta tindakan lanjut tpi pegawai btugas d JPN sana bgi tau “this is just a minor problem” ” org yg pakai ic sy ni bukan boleh bt apa2 atau bagi sy masalah..ni la yg kena kasi tau sama sy.. 
Sy bekeras jg minta ambil tindakan yg sewajarnya tpi last2 cuma kena suruh bt cabutan ic sja..pass tu x d layan sdh.. Turun naik sy sama mama bapa sy d JPN kingfisher masa urus ni kes.. Bgitu sja la crita dia..

[/quote]

Selepas membaca komen dan maklumbalas orang ramai pada gambar yang mulai menjadi tular hari ini, kebanyakannya menyatakan kebimbangan mereka takut-takut maklumat peribadi mereka juga turut digunakan oleh pihak lain.

[quote font_size=”20″ color=”#0a0e0f” bgcolor=”#c6f7ff” bcolor=”#2d2d2d” arrow=”yes” align=”right”]

“Adalah wajar untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing di Sabah jika mereka menetap di Malaysia selama bertahun-tahun.. ” – Tun Dr Mahathir [Baca Selanjutnya]

[/quote]

Adakah jawapan yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas ketika mangsa membuat laporan kad pengenalannya digunakan itu adalah jawapan yang sepatutnya terhadap masalah yang dianggap terpencil ini ?

Memetik jawapan pegawai berkenaan, “ia hanya perkara kecil kerana orang yang menggunakan kad pengenalan (si penipu) tidak boleh berbuat apa-apa  sehingga memberikan masalah kepadanya.

Bagaimana pula dengan kes seperti dia atas ? Apa jaminan Pihak Jabatan Pendaftaran negara ia tidak memberi kesan secara langsung terhadap mereka yang menjadi mangsa ? Disebabkan masalah komunikasi ia boleh mengundang kemarahan di kalangan rakyat.

Namun hujah seorang pengguna dikenali Yusuf juga ada asasnya katanya bukan semua kes seperti di atas adalah salah kerajaan khususnya JPN.

“Sekiranya urusan yang terlibat hanya memerlukan untuk menyediakan fotokopi kad pengenalan sahaja dan bukannya melalui imbasan pada cip dan cap jari pemohon ia sangat mudah dilakukan. Bagi yang pro tidak sampai lima minit mereka boleh mengubah muka dalam ic melalui software seperti Photoshop dan lain-lain.”

Jika begitu apakah langkah diambil pihak kerajaan untuk mengatasi perkara seumpama itu berulang ?

Rakyat juga menuntut penjelasan daripada Pihak JPN  sekiranya hal ini berlaku kepada orang lain apakah tindakan yang patut dilakukannya supaya namanya tidak ‘Black List’ disebabkan orang lain ?

Pengakuan Tun Dr Mahathir beri Kad Pengenalan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

 

 

BACA JUGA:

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow