Jeffrey bidas Rahman Tentang "ANGKA"

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Bingkor Jeffrey Kitingan hairan Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan boleh membuat kenyataan bahawa Sabah telah diperuntukkan RM 22.1 billion bagi tempoh 2012-2013 oleh Putrajaya walaupun hanya mengumpul RM 8.3 bilion daripada Sabah.

“Rahman Dahlan membuat kerajaan persekutuan kelihatan bodoh dengan angka-angka beliau,” kata Jeffrey. “Rakyat Sabah tidak sebodoh itu untuk mempercayai angka-angka tersebut.”

Jeffrey, yang juga Ketua Star Sabah, mengulas komen Rahman Dahlan ini di forum awam pada hujung minggu di Kota Kinabalu.

Angka Menteri Persekutuan itu telah dikongsi di media sosial, terutamanya facebook, dan diejek oleh orang ramai.

Jeffrey berkata bahawa Rahman Dahlan telah terkurang jumlah tentang hasil yang kerajaan persekutuan perolehi dari Sabah.

Sebagai permulaan, beliau berkata, Sabah menyumbang RM 36.48 billion dalam hasil minyak bagi tempoh 2012-2013 dan RM 26.6 billion lagi bagi tempoh berikutnya.

Beliau menegaskan bahawa di bawah Jadual ke-40 Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak untuk menerima 40 peratus daripada hasil yang dipungut dari negeri ini oleh kerajaan persekutuan.

“Jika kerajaan persekutuan hanya mengutip RM 8.3 bilion dalam pendapatan dari Sabah bagi tempoh 2012-2013, Sabah patut menerima RM 3.32 bilion sahaja dan bukannya RM 22.1 billion seperti yang dikatakan oleh Rahman,” jelas beliau. “Adakah Kerajaan Persekutuan begitu murah hati pada Sabah berbanding negeri-negeri lain?”

Ahli politik pembangkang itu mendakwa sebahagian besar daripada dana persekutuan sebenarnya diterima oleh Sabah adalah dalam bentuk gaji untuk rakyat Malaya yang bekerja dengan perkhidmatan awam persekutuan dan GLC di negeri ini dan juga dikeluarkan untuk kontrak yang diperoleh di Sabah oleh syarikat-syarikat yang berpangkalan di semenanjung.

Ahli Dewan Undangan Bingkor itu teringat bahawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengumumkan dalam Bajet 2014 bahawa Sabah dan Sarawak akan masing-masing menerima RM 2.3 bilion.

“Jika Sabah dan Sarawak adalah dua daripada 13 negeri di Malaysia, seperti yang dikatakan oleh Rahman Dahlan semasa forum awam, mereka akan menerima bahagian yang lebih adil iaitu RM 6.15 billion masing-masing dan bukan RM 2.3 bilion,” katanya.

Beliau menggesa Rahman untuk menjelaskan peruntukan persekutuan untuk Sabah dan Sarawak dan perincian bagaimana mereka dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta berapa banyak sebenarnya yang diterima.

Beliau juga mahu Rahman untuk membuat pendedahan sepenuhnya tentang hasil dari Sabah dan Sarawak yang di pungut oleh kerajaan persekutuan.

Dipetik dari : Free Malaysia Today

Loading...
scroll to top