Juju Akhirnya Disiasat Atas Kenyataan Fitnah

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Julfazli Shi Ahmad ditahan polis pada petang ahad berhubung kenyataan jelik menerusi media sosial yang memfitnah Ketua Menteri Sabah mengenai kebakaran di Tawau baru-baru ini .

Julfazli ditahan kira-kira jam 3 petang selepas menghadirkan diri  di ibu pejabat polis Dang Wangi susulan laporan polis yang dibuat di Tawau.

Polis turut merampas telefon bimbit miliknya dan kemudian memeriksa rumahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bukti.

“Polis mahu menerbangkan beliau ke Tawau esok. “Jika mereka tidak boleh mendapatkan tiket penerbangan esok, polis akan memohon perintah reman esok,” kata Rajsurian.

“Selepas serbuan, Jufazli ditahan di lokap Dang Wangi.

“Jufazli disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.”

Loading...

Leave a Reply

arrow