Junz Wong ramal Warisan Perintah Jika Shafie Ditahan

Naib presiden parti Warisan Sabah, Junz Wong meramalkan Warisan akan menang besar dalam pilihanraya umum (PRU14) sekiranya Presiden Parti itu Datuk Seri Shafie Apdal tidak layak bertanding atas sebab-sebab tertentu.

Menurutnya semangat rakyat akan bertambah dan Shafie akan menjadi “Pahlawan” rakyat Sabah yang bersimpati dengan keadaan yang menimpa beliau.

Baca Juga: SPRM siasat loji air di Semporna tidak berfungsi selepas siap sejak 2015

Dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui facebook milikmya, Junz Wong menyatakan penganalisa politik yang tiada dinamakan berpendapat bahawa parti itu telah mendapat sokongan majoriti rakyat Sabah untuk menjadikan Shafie ‘bakal’ menerajui kerajaan Sabah pada PRU akan datang.

Namun begitu beliau juga tidak yakin samaada Shafie sempat atau tidak untuk menghadapi PRU 14 kerana yang pasti Shafie dalam keadaan yang pasif untuk ditahan.

 

Minggu lalu, Junz Wong menyatakan Darrel Leiking sudah bersedia mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Warisan Sabah sekiranya Presiden Warisan, Shafie Apdal ditahan namun sehingga artikel ini diterbitkan Shafie Apdal belum ditahan SPRM.

Loading...
arrow