Jurutera ditahan di Kota Kinabalu bantu siasatan SPRM

Siasatan kes penyelewengan dana awam

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera awam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah, petang tadi.

Sumber berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini, jam 2.45 petang tadi.

Penahanan terbaru itu menjadikan 10 individu ditahan berhubung kes berkenaan sejak awal bulan ini.

Sebelum ini, SPRM menahan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony dan Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, selain ahli perniagaan, Hamid Apdal yang juga adik Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut ditahan seorang lagi adik Mohd Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Mereka dan tiga lagi individu disiasat berkaitan kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Berita Berkaitan

scroll to top