Kakak dakwa mangsa sering diganggu suspek

Kakak-dakwa-mangsa-sering-diganggu-suspek.jpg

Kakak dakwa mangsa sering diganggu suspek

LAHAD DATU 12 Okt. – Ahli keluarga Norfazlina Abantas, 19, yang dipercayai di­bunuh di sebuah bilik di pu­sat kecantikan di Tanjung Aru baru-baru ini mendakwa mangsa sering diganggu oleh seorang lelaki ketika bekerja di spa berkenaan.

Jelas kakak mangsa, Nurfadilah Abantas, 24, perkara itu juga dimaklumkan rakan gadis malang itu kepada keluarganya.

“Apa yang kami tahu dia ada memberitahu rakannya sering diganggu seorang lelaki ketika bekerja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, misteri kematian Norfazlina terjawab apabila dia dilaporkan dibunuh selepas me­ngalami kecederaan pada bahagian gusi dan tulang hidung patah serta tercabut sebatang gigi akibat hentakan benda tumpul.

Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan cara mencekik hanya kerana mangsa menolak lamarannya.

Ekoran laporan bedah siasat itu, polis menahan dua lelaki dipercayai suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah Nurfadilah, ibu bapa dan ahli keluarga sukar mene­rima kenyataan mengenai nasib yang menimpa adik kesayangannya itu.

Ujarnya lagi, dia dan keluarga mengetahui adiknya sudah mempunyai teman lelaki yang turut membantu menguruskan pengebumian arwah.

“Saya yakin adik tidak mempunyai hubungan dengan suspek dan kami sekeluarga tidak pernah bertemu dengan lelaki itu,” katanya.

Loading...
scroll to top