Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah Tawar 3,000 Peluang Kerja

Karnival-kerjaya-pemuda-bn-sabah-terkini.jpg

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sabah & Jobs Malaysia akan mengadakan Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018 pada 8 April 2018 di ITCC Mall Penampang.

Difahamkan kira-kira 3,000 peluang perkerjaan yang ditawarkan oleh syarikat terkemuka dan tempatan yang mengambil bahagian pada kali ini untuk belia di negeri ini.

HAFEZ MUSA.. Empat dari kiri bersama dengan Ketua Pemuda dalam Komponen Barisan Nasional dalam Kolokium Manifesto orang muda baru-baru ini

Menurut urusetia karnival, penganjuran karnival kerjaya ini adalah hasil daripada Kolokium Manifesto Orang Muda dan Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Sabah yang dipelopori oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Sabah Haji Yamani Hafez Musa.

“Pemuda BN Sabah mengambil maklum dan mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia di Sabah dewasa ini, salah satu daripadanya ialah cabaran mendapat peluang pekerjaan.

“Peluang pekerjaan merupakan manifesto utama Pergerakan Pemuda BN Sabah,” katanya.

Menurutnya, prihatin dengan cabaran ini yang dihadapi oleh para belia, justeru Pemuda BN Sabah bersama-sama beberapa jabatan dan syarikat-syarikat swasta mengadakan Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018.

Beliau juga meminta agar golongan belia mendaftar awal di laman web rasmi Karnival Kerjaya Pemuda BN Sabah 2018 www.karnivalkerjayapemudabn.com untuk mengikuti perkembangan peluangpeluang pekerjaan yang akan ditawarkan.

Para belia dan pencari kerja di negeri ini juga diminta agar menghadiri Karnival Kerjaya Pemuda Umno Sabah 2018 pada 8 April di ITCC Mall Penampang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top