Kemalangan Keningau, Dua Cedera

Kemalangan-Keningau-Dua-Cedera.jpg

TERBALIK.. Keadaan lori yang terbabit

KENINGAU: Dua orang mangsa mengalami kecederaan selepas Lori Trailer 10 tan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Kimanis Kampung Ulu Bariawa, petang tadi.

Mangsa Hairi KimLim, 31, dan Rocky Anak Utok, 28, mengalami kecederaan ringan selepas lori membawa muatan stok makanan yang dinaiki mangsa terbabas.

Menurut pihak bomba kedua-mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan seterusnya di hantar ke hospital oleh pihak Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.25 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh lapan kilometer itu pada jam 2.40 petang.

Operasi yang melibatkan lapan orang anggota itu tamat pada jam 3.05 petang

Loading...
scroll to top