Penumpang Axia Maut, Kenderaan Terbabas di Penampang

SEORANG lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama dua rakannya terbabas sebelum merempuh pokok di Jalan Penampang Baru, Penampang, Sabah, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia 20 tahun dari Taman Keramat, Kota Kinabalu, meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala dua rakannya, termasuk pemandu Perodua Axia, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang maut dipercayai duduk di hadapan dan tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) yang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Dua rakan mangsa yang cedera kini dirawat di HQE 1,” katanya, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow