Anggota Polis Parah Kenderaan Terbabas di Jln Lintas

Anggota-Polis-Parah-Kenderaan-Terbabas-di-Jln-Lintas.jpg

KEADAAN kereta mangsa yang rosak sebaik terbabas dan melanggar pokok di di Jalan Lintas, awal pagi kelmarin.

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis mengalami kecederaan parah selepas kereta jenis Naza Piconto yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Lintas, di sini, awal pagi kelmarin.

Anggota polis berumur 25 tahun yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas di Unit Latihan dan Sukan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah itu parah apabila patah kaki kanan dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan balik sebaik selesai menjalankan tugas pada hari kejadian.

“Semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Taman Austral menuju ke Putatan, kereta yang dipandunya hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu melanggar pokok.

“Impak kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan patah pada kaki sebelah kanan dan luka di bahagian mulut sebelum dihantar ke Hopital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.

Chandra berkata mangsa tidak dipercayai mabuk semasa kejadian dan kes itu disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top