Keningau: 18 Penghuni Hilang Tempat Tinggal

Keningau-kebakaran-di-Jalan-Telong-Kampung-Bakiau.jpg

Keningau: Seramai 18 penghuni membabitkan tiga keluarga hilang tempat tinggal apabila dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Telong, Kampung Bakiau di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, kebanyakan penghuni dikatakan sedang tidur apabila kebakaran bermula dari sebuah bilik sebelum api merebak.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil dan motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, sebaik menerima panggilan pada 12.24 tengah malam, dua jentera dengan 13 anggota dikerah ke lokasi kebakaran.

“Api dapat dikawal pada 1.12 pagi dan kebakaran memusnahkan dua rumah, sebuah kereta Perodua Kancil serta satu motosikal namun tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Mnurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan anggota forensik bomba.

Loading...
scroll to top