Keningau : Langgar Lari Lelaki Tempatan Maut

Seorang lelaki tempatan maut dalam satu kemalangan langgar lari yang berlaku di kawasan Kg. Malinja Tiga Nabawan melibatkan sebuah motosikal di jalan Nabawan – Keningau kira-kira jam 1.00 petang.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis ( DSP ) Douglas Nyeging Taong berkata, mangsa Louis Inauk 35, penunggang motosikal meninggal dunia pada hari berikutnya di Hospital Keningau akibat kecederaan parah dikepala.

Sementara itu katanya, pembonceng Billberg Baunis 13, mengalami kecederaan di lutut.

”Semasa kejadian mangsa bersama pembonceng yang merupa anak buah mangsa dari arah Pekan Nabawan menuju ke rumah di Kg. Malinja Tiga. Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa membelok ke kanan masuk ke simpang rumah, dan dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux nombor pendaftaran tidak dikenal pasti yang datang dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Selepas perlanggaran itu katanya, kenderaan pacuan empat roda tersebut terus melarikan diri ke arah Sook/Keningau.

Jelasnya, kedua dua mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Klinik Nabawan. Kemudian mangsa dirujuk ke Hospital Keningau. Penunggang motosikal dalam keadaan kritikal dirawat di wad Hospital Keningau manakala pembonceng hanya mengalami cedera ringan.

Tambahnya, mangsa tidak dapat cam nombor pendaftaran kenderaan yangg disyaki melanggar dan tiada saksi awam yangg melihat kejadian itu.

Siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai serpihan plat kenderaan yang disyaki melanggar motosikal mangsa.

Douglas memberitahu, pada Khamis pihaknya menerima maklumat dari pihak Hospital Keningau memaklumkan bahawa mangsa penunggang telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Siasatan di tempat kejadian merupakan jalan raya berturap, lurus dan permukaan jalan kering semasa kejadian.

Tindakan lanjut, polis telah menghantar semboyan bantuan mengesan kenderaan disyaki melanggar mangsa ke semua Daerah di Sabah.

Siasatan dijalankan melalui Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

scroll to top