Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf jika ada unsur Rasuah – PM

Putrajaya tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum (PRU) yang berlangsung di Sabah pada 9 Mei lalu jika didapati wujud unsur rasuah, kata perdana menteri.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan mendapati ada bukti berlaku manipulasi dalam perjalanan PRU baru-baru ini.

“Misalnya di Sabah. WARISAN memenangi 35 kerusi tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus melakukan kiraan semula sehingga kerusi yang dimenangi parti itu menjadi 29 kerusi.

“Sekarang mereka ada masalah sebab tak boleh membentuk kerajaan ada cubaan untuk membawa orang (wakil rakyat) supaya melompat menggunakan wang (di Sabah),” katanya pada sidang media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Dr Mahatir kerajaan melihat apa yang dilakukan itu adalah rasuah.

Baca Juga : Pembentukan kerajaan negeri Sabah semakin rumit

Katanya kerajaan boleh menerima jika ada wakil rakyat yang berpindah parti atas dasar prinsip namun andainya mereka ‘dibeli’ ia dianggap tidak wajar.

“Kami tidak mengiktiraf ini sebagai perubahan kerajaan yang betul,” katanya.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 60 kerusi dan ada dua parti yang memperoleh jumlah kemenangan sama, iaitu BN serta WARISAN.

Kedua-dua parti memiliki 29 kerusi.

Dalam keadaan itu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) memiliki dua calon.

Semalam Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan keputusannya untuk bekerjasama dengan BN.

Langkah itu membolehkan BN memperoleh majoriti mudah di DUN Sabah dan membentuk kerajaan.

suarasabah
Cadangan supaya Gabungan Sabah bergabung dengan BN Sabah untuk membentuk parti tempatan Sabah menjadi punca kenapa STAR Sabah bersetuju membentuk kerajaan Sabah dan memberi mandat kepada Musa Aman untuk menjadi Ketua Menteri Sabah semalam
Loading...

Leave a Reply

arrow