Lagi Guru Dituduh Rogol Murid di Sabah

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menjadualkan semula pada 27 Ogos untuk menyampaikan keputusannya terhadap seorang guru yang didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang murid.

Hakim Noorhafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu terhadap Zalani Amit, 53, selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun pada 29 Ogos dan 4 Oktober 2014 antara jam 9.45 pagi hingga jam 7 malam.

Ketiga dan keempat, tertuduh melakukan kesalahan yang sama pada 26 September dan 18 Oktober 2014 jam 12.30 tengah hari hingga jam 7 malam.

Semua kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah kotej, Borneo Native Village, Jalan Penampang Papar Lama.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh diwakili peguam Timothy Daut dan Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja bertindak untuk pendakwaan.

Kini tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, sehingga kes selesai.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow