Lelaki Bebas Rogol Anak 16 tahun

Kes-Jenayah-Cabul-Rogol.jpg

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 60 tahun, dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis, atas pertuduhan merogol anaknya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh, selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 16 tahun, pada Mei 2016 jam 1 petang di sebuah rumah kampung, Inanam, di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, serta tidak kurang sepuluh sebat.

Sepanjang perbicaraan, lima saksi daripada pihak pendakwaan dan tujuh saksi daripada pihak pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang.

Loading...
scroll to top