Lelaki Berdepan Hukuman Gantung

Jestery-Ayang-didakwa-bunuh-wanita-pekerja-spa.jpg

Jestery Ayang (Kiri) didakwa atas pertuduhan membunuh seorang wanita

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan membunuh seorang wanita.

Jestery Ayang, 25, berhadapan dengan hukuman gantung mandatori, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, apabila dituduh membunuh Norfazlina Abantas, 20.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Oktober tahun ini jam 12.01 pagi hingga jam 1 pagi, di bilik pekerja, Borneo Spa, Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, di sini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Jestery yang diwakili peguam Datuk Majol Mahap.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 17 November depan sebagai sebutan semula kes terhadap tertuduh.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintahkan, direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Loading...
scroll to top