Lelaki Maut dalam kemalangan baru dari sambut Kaamatan

KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kg. Ambual di sini petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 5:37 petang itu, mangsa difahamkan dalam perjalanan balik ke Kampung Magatang selepas menghadiri majlis sambutan perayaan pesta kaamatan di Kampung Luanti.

Bagaimanapun tiba di lokasi kejadian kenderaan mangsa hilang kawalan lalu terbalik.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya.

Loading...

Leave a Reply

arrow