Lelaki Maut, Pikap terbabas di Kota Belud

Lelaki-Maut-Pikap-terbabas-di-Kota-Belud.jpg

LELAKI maut selepas kenderaan empat pacuan roda (4WD) Mitsubishi Triton dipandunya terbabas akibat hilang kawalan di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa Ahmad Basari Idaman, 26, bekerja sebagai kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Telupid, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Kota Belud.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pemandu dan empat lagi ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Kampung Rampayan menghala Pekan Kota Belud.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu hilang kawalan menyebabkan kenderaan terbabas lalu terbalik.

“Pemandu parah pada kepala manakala seorang penumpang cedera ringan dan tiga lagi penumpang tidak dan dikeluarkan orang awam,” katanya.

Zaidi berkata, pada 2.40 petang, pihak hospital menghubungi polis memaklumkan pemandu terbabit meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

Beliau berkata, semua mangsa didapati memakai tali keledar manakala permukaan jalan berturap, namun tiada garisan tengah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
scroll to top