Lelaki tempatan nekad gantung diri di Ranau

Lelaki-tempatan-nekad-gantung-diri-di-Ranau.jpg

Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah rumah

RANAU: Ekoran masalah rumah tangga dan kewangan, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun nekad membunuh diri dengan menggantung diri di sebuah rumah dekat sini pada Rabu.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.45 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Niasan Ranau.

Mangsa dikatakan telah pulang ke rumah neneknya pada malam sebelum kejadian namun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa dia akan mengambil tindakan mengambil tersebut.

Pada keesokan paginya, ahli keluarga mangsa yang lain mahu mengejutkannya daripada tidur namun tiada sebarang respons dari bilik tidur mangsa.

Kemudian melihat melalui jendela bilik tidur tersebut, ahli keluarga mangsa ternampak mangsa sedang tergantung di dalam bilik.

Farhan Lee

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah memberitahu media bahawa pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu dan telah melawat tempat kejadian.

“Siasatan tempat kejadian menjumpai mayat lelaki tergantung dalam bilik rumah kepunyaan nenek mangsa. Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian baju T-hitam dan seluar paras lutut warna hitam berpetak di tengah bilik tersebut.

“Pemeriksaan mayat mendapati ada kesan jerutan pada bahagian leher dan seutas tali jenis nilon warna putih masih terikat pada leher mangsa.

Pemeriksaan dalam bilik tidur tersebut mendapati ada terdapat tali nilon masih terjuntai di kayu palang siling pada ketinggian lebih kurang lapan kaki dari lantai,” jelas beliau.

Farhan memberitahu bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA JUGA : Mayat pelajar tergantung dalam tandas #Inanam

Loading...
scroll to top