Lima Rumah, Tiga Kenderaan Musnah Kg Muhibbah

Lima-rumah-musnah-kebakaran-di-Petagas.jpg

Putatan : Lima rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Lama, Petagas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Akramin Sakirun berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.31 petang.

Beliau berkata, susulan itu, empat jentera dengan kekuatan 33 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kita terus melakukan operasi pemadaman sebelum api berjaya dikawal pada jam 2.50 petang.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...
scroll to top