Lori Muatan Sayur Terbabas di Beaufort

Lori-Muatan-Sayur-Terbabas-di-Beaufort.jpg

BEAUFORT: Sebuah lori membawa muatan sayur dan bawang terbabas di Jalan Limbawang Bypass pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata kejadian berlaku jam 1.35 petang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati lori membawa muatan sayur dan bawang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Labuan.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu gagal mengawal kenderaannya menyebabkan lori berkenaan terbabas sendiri sebelum terbalik di parit sebelah kiri jalan,” katanya sambil menyatakan pemandu tidak mengalami kecederaan.

Laporan polis dibuat bagi tujuan tuntutan insurans kenderaan. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Loading...
scroll to top