Lori terjunam ke gaung, Pemandu hilang

BALAI Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau sedang mencari pemandu lori 10 tan yang membawa muatan kelapa sawit selepas lori dipandunya itu terjunam ke dalam gaung sedalam 91 meter dan terbakar di Jalan Ranau-Telupid di Kampung Nabutan, Ranau, hari ini.

Dalam kejadian 6.40 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai hilang kawalan dalam pemanduan dan terbabas.

Ketua BBP Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.43 pagi, enam anggota berserta sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah lori sarat muatan sawit terbakar dan segera memulakan operasi pemadaman.

“Pada masa sama, anggota bomba memulakan operasi pencarian pemandu lori berkenaan dan setakat ini, dia masih belum ditemui di kawasan sekitar lokasi,” katanya dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi itu juga turut disertai pasukan polis.

Loading...

Leave a Reply

arrow