Masa Musa Aman semakin dekat

Masa-Musa-Aman-semakin-dekat.jpg

Musa Aman

TEMPOH bagi mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya pada PRU lalu semakin hari sudah semakin dekat.

Mana tidaknya, Musa bakal kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga jika dirinya gagal mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh tiga bulan bermula  11 Jun lalu iaitu  kali pertama Dewan Undangan Negeri bersidang selepas PRU 14 berakhir.

Berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, kerusi yang dimenangi seseorang wakil rakyat boleh diisytiharkan kosong oleh speaker jika wakil rakyat berkenaan gagal mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan pertama DUN Sabah.

Musa dilaporkan berada di United Kingdom untuk mendapatkan rawatan perubatan dan belum kembali ke Sabah berikutan pertikaian undang-undang antara beliau dan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

BACA JUGA : Kes Musa Aman: Polis serah kertas siasatan kpd Jabatan Peguam Negara

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri selepas memperoleh majoriti mudah apabila parti Solidariti berpihak kepadanya untuk membentuk kerajaan campuran.

Musa Aman

ANGKAT SUMPAH… Musa Aman ketika kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003

Bagaimanapun, majoriti mudah yang diperoleh Musa itu hilang selepas UPKO dan beberapa wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar BN dan menyokong Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Susulan itu, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada 12 Mei lalu sekali gus mencetuskan krisis perundangan mengenai jawatan ketua menteri di Sabah.

Sementara itu Musa turut dikehendaki pihak Polis berhubung kes intimidasi jenayah yang difailkan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin terhadapnya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka akan berlangsung mulai 13 Ogos ini.

Berdasarkan pengiraan 90 hari, tarikh akhir untuk Musa mengangkat sumpah sebagai ADUN adalah pada 8 atau 9 September depan.

BACA JUGA: Konspirasi Jatuhkan Musa ?

Loading...
scroll to top